Thursday, January 1, 2009

ketenangan jiwa yang ingin aku miliki

kehidupan aku kian terasa tidak begitu indah hanya kerana kesilapan kecil...aku terasa sesuatu yang aku hilang dan ia makin jauh dari diriku..aku termenung seketika memikirkan kembali tujuan apa aku berada disini..ilmu yang ingin aku kejar..aku merenung kembali diriku yang kini sudah jauh berbeza dengan diri aku yang dahulu..
kata-kata ini membuatkan aku kembali tersentak dengan keadaan kehidupan aku sekarang....
Bila hati berjuang kerana Allah..dugaan itu tempat bersinggah...keperitan ditelan sebagai juadah...kejayaan dianggap mimpi indah....semoga Allah memberi kekuatan untuk aku meneruskan perjuangan ini...
dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat sehingga aku terduduk dan menanggis..perit terasanya namun aku sedar dan aku tahu kerana air mata yang hadir pada tika itu adaah anugerah dari Ilahi yang mahu aku kembali menjahit kembali sejadah iman aku yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang aku buat telah tersasar dari keikhlasan dan dari perintah Tuhan Yang Maha Berkuasa..Ya Allah..kini.aku sedar dan aku mula mencari-cari cahaya yang kau anugerahkan kepada diri ku ini..Tuhanku kembali kan aku ke dalam cinta mu....

1 comment:

  1. Imam Hasan Al-Banna pernah berkata,
    "bila kau bergelar DA'IE kau wajib sedar bahawa jiwamu tak boleh selamanya REMAJA...tanggungjaawab melebihi masa yang ada...tarbiyah yang bersalutkan ILMU dan CABARANlah yang dapat menDEWASAkanmu..tapi cukupkah sekadar menerima tarbiyah,sampaikanlah kepada SYABAB,sedarkanlah FATAYAT..kalian bukan memulakan perjuangan tapi kalian adalah mata2 yang menyambung perjuangan para anbiya,"....

    Kepada hati yg ingin memiliki ketenangan..
    ku kongsikan pesan di atas kerana kita
    sudah tiada masa utk bersenang2 melainkan bersenang2 dgn amali2 islami..mendekatkan diri dengan sang pencipta..bukan manusia2 yg sering membuat kita terleka..
    Marilah sama2 kita menuju matlamat jangka panjang yang satu itu..mardhatillah..

    ReplyDelete