Sunday, January 18, 2009

Doa Untuk Kekasih



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku....
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami...
Agar kemesraan itu abadi....
Ya Allah YA Tuhanku yang Maha Mengasihi....
Seiringkanlah kami melayari hidup ini....
ke tepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdir...
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh dari pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatan.....
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti....
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah.....
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
YA Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu....
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik untuk ku....
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui....
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini....

Ya Allah....
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku....
Di dunia dan di akhirat.....
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini...
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun akhirat....
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman....
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai....
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah...
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat...
Dan peliharalah kami dari azab api neraka...
AMIN....AMIN...AMIN..Ya rabbal 'aalamin..

Wednesday, January 14, 2009

pergi kajang ngn dila dan fizah


fuh..ari ni aku..fizah dan dila g kajang..shoping la..hehe..tapi bukan shoping sgt pun just tujuan utama hanya satu nak beli present utk my mum je..hadiah besday n hari ibu..walaupun aku tak bekerja lagi dan mama aku pun kata tak payah la..tapi aku tetap nak bagi juga..bukan apa untuk meraikan ibu yng tercinta..biarlah hanya sekeping kad pun..cewah..hehe..apa pun kenangan hari ini adalah time naik rapid dari UKM ke Kajang..mak oiii..huhu..pakcik tu bawa..mcm naik roler coster je..so tak pyh2 la pas ni sape2 nak pegi time square sbb naik ngn pakcik ni comfrm ada pengalam yg cukup mencabar...huhu..rasa mcm nak terpelanting pun ada tadi..nasib baik tak ada org tua naik klu ada comfm pkai msuk hospital..hehe..kita yg muda ni dah pegang palang pun terhoyang haying..ke kanan la..ke kiri la..haah..aku hampir2 nak tersembam kat org nsib baik gurl klu lelaki mau malunya..huhu...

nasib baik tak jauh kajang tu,...huhu..tak tahu la..klu jauh..mesti sampai tempat lebam2 kan.hahahaha...lawak tul..org naik bas relax je tapi naik bas mcm baru kena belasah je ngn org..hahah..apa pun hari ni cukup best..bawa brg berat la..mcm nenek kebayan pun ada..haha..senget2 je..hehe...
tapi yg tak best nye..huhu...nak boikot Amerika tap tersilap beli lah plak.wawaw..sedihnya..mcm ne la blh tak perasan produk ni bwh Amerika..

aduhai..rasa bersalah sgt2..tapi nak buat mcm ne..tak kanlah nak buang pulak kan..kira membazir plak..wawa..rasa bersalah sgt pada Palestin..Ya Allah..selemah-lemah iman ini hanya mampu aku buat tapi kenapalah aku yang buat trsilap..tu la excited sgt membeli sampai tak cek dulu...huhu..aku pernah terpana dengan kata2 adik ku(Angah)..pengembara di lautan ilmu Mesir..huhu..penah masa tu aku berbual ngn dia..hehe..nak dgr tak citer ni..kekeke..so dgr baik2 tau..dok elok2 nak citer ni..haha..apa pun bila baca ni tepuk hati tanyalah minda...


"angah kan KFC n Md tu bwh Amerika or Yahudi..'' so angah kata la..yes memang lah...so kita sebagai org Islam harus memboikot sebab seolah-olah kita ni sumbang sekali kepada puak Yahudi terkutuk ini dalam membunuh umat Islam Palestin.. ''so aku terdiam seketika..dan seketika aku menjawab..tapi kata nak memboikot kenapa masih ramai lagi yang pergi..makn..siap ajak family lagi..."angah kata..itu lah kita..benda mcm ni kita ambil mudah..sedangkan kita tak tahu yg kita sudah menderma sekali dlm serangan tersebut..'' ''aku terdiam agi dan aku bersuara kembali..tapi yang kadang-kadang mkn tu ust2 juga,...org2 yang kata kira mcm sbg pemimpin Islam..sedangkan mereka tahu yang mereka sedang memberi kerjasama dlm memberi kesengsaraan pada Palestin..so blh je pun".. angah memandang aku dgn pandangan tajam..dia kata..itu lah org Islam sekarang..semangat keIslaman tiada dlm diri hanya tahu rasa simpati..membuat reformasi lah..memberi sumbangan dan seperti satu tradisi..bukan rasa sebagai umat Islam yang sesama saudara..bak kata pepatah melayu cubit peha kanan..peha kiri pun terasa sakitnya..kemudia angah menyambung lagi..sanggup kah aku biarkan darah2 yang mengalir ditubuhku ini sebabkan aku turut sama menderma dalam memberi kekejaman kepada Umat Islam Palestin..yelah kita mkn so mkanan yg kita mkn dan dengan duit yang kita bayar..tak samakah kita dikira membunuh..malah ia turut mengalir dalam tubuh badan kita ini....kita orang Islam tak fikirkannya.. huhu..aku terpana seketika..betul juga kata-kata angah..aku rasa bersalah sgt..huhu..yelah sblm ni mkn juga..aku dah tak mampu utk menolong umat Islam Palestin..tapi aku bukan saja tak mampu bantu malah menyokong lagi ada ..Ya Allah..ampunilah aku...terasa kerdil aku..jika lah kita berada ditempat org Palestin pasti kita akan rasa sengsaranya..kita akan mohon ada bantuan dari luar..

"apa yang aku nak jawab nanti jika Allah tanya apa yang aku buat utk membantu umat Islam Palestin"

"apa aku nak jawab jika nanti umat Islam Palestin tanya apa yang aku buat utk menolong mereka.membantu mereka melawan kekejaman tentera Israel yang jahat itu"
justeru selemah2 lemah iman yang aku ada hanyalah dengan memohon kepada yang Esa dan memboikot barang-barang yang menyumbang ke arah kemusnahan Palestin...so marilah sama2 kita boikot walaupun ia nya amat sukar bagi kita..
diri ini tadi pun huhu,...sabar je utk tidak membeli barang2 yang disenaraikan utk memboikot tapi..huhu..tu lah salah satunya terlepas pandang..huhu...sedih..sedih...

Tuesday, January 13, 2009

fuh..joging yang pertama utk azam 2009..:-)

hari ini..aku joging..buat permulaannya utk sem ni..hahh..haah..pada awalnya titisan hujan turun ingatkan berlanjutan tapi rupanya just hujan lalu kata org la..huhu...so blh la aku, fizah dan dila pegi joging..dari uo jalan kaki...fuh..jalan kaki mcm ni pun dah rasa penat..huhu..barulah aku tahu mcm ne lah org jalan kaki yg kolejnya jauh2...teruk tau..cian kan.isk..isk..apa pun aku bersyukur dapat kolej dekat..hehe..

hari pertama joging so penat la sikit just satu pusingan je kitaorang pusing kat tasik kejut tu..wah sekarang dah lawa tau..mcm tempat riadhah la plak..so dah cantik kan kita org pun posing2 la cikit..hehee...kenangan la katakan..masa sampai tu dah ramai yg joging then nampak la plak firdaus satu jabtn..alamak..malu la plak..heheh..so nak tak nak wat selamber je lah...haha..

hahah.yang paling kelakar adalah fizah..hhe..asal jalan je nak rehat..lawak tul..aku dan dila dah kehadapan tapi dia dok belakang..keke..biasalah fisrt joging stamina tak kuat lagi...aku pun semput juga..hahah..apa pun InsyaAllah ini bukan joging terakhir tapi adalah permulaan ...cewah bersemangat la plak..hehe...fizah dah tak nak join lagi..katanya penat..haha..dah namanya pun joging kan so mesti lah penat..so dia kata cmfrm balik nanti pengsan..haha...aku dan dila saje la plak nak dera fizah ajak ikut jalan jauh..hahh..kejam kan..heh..siap nak ajak dia pegi joging kat stadium lagi..nak tak nak dia kena ikut..pegi dari kolej UO ngn jalan kaki..emmm...jauh ke tak ek..hehe..jauh tuuuu..huhu...

tapi dengan joging ni wat kita sihat tau...minda kita cergas..so tak lah ngntok je..hehe...so azam tahun ni 2009 nak rajin senaman lah..bak kata PROF Zakaria...kena senaman klu nak sihat...betul kan...lagi satu sape2 nak diet tu kena lah rajin senaman..heeh..tak perlu susah-susah nak mkn ubat itu la ini la..dah la duit satu hal..baik senaman. bukan sahaja dapat diet tapi dpt tubuh badan yg sihat dari sebarang masalah..yelah, klu mkn ubat2 ni kan bahaya pada tubuh badan..ala org tua2 dulu cuba tanya diorang ada ke ubat2 kurus ni.mana ada kan..yg ada tu ha...cangkul tanah la, bercucuk tanam la..lagi satu masa tu air nak dapt susah kena angkut so tu la acara senaman mereka....mudah kan..
hehe..so aku pun kat umah rajin juga mencangkul tanah(hhe...yeke)...angkut tanah lagi..(hehe...mcm tak caya je kan)..haha..apa pun ini lah kenyataannya..kami adik beradik ramai perempuan so yg lelaki sorang je nak buat camne kena lah tolong mak ayah kan.kan..barulah namanya anak yang baik..hehe...perasan lah plak...apa pun aku tetap suka..best..

Ops..dari senaman tadi dah terlajak la plak kat citer lain..ha..sebut pasal joging ni aku ingat kenangan kami adik beradik joging kat kawasan kg awal pagi...naik basikal sama2..bergurau sama2..tapi sekarang semua tu tak dapat kami lakukan sekrang yelah...sorang di Kelantan(UM)..sorang lagi pulak lagi la jauh seberang laut sana tu(Mesir) dan aku plak kat UKM sini..huhu..so nak jumpa pun time cuti...apa pun skrg masing2 dah besar pjg..malu lah plak nak naik basikal pusing2 KG kan..tak manis la plak..hhee..tapi kadang2 aku dan adik2 buat selamber je..huhu..sedih la plak...huhuhu..dah2 kena stop ni..kang ada yg nagis...

Thursday, January 8, 2009

Di Dalam Hati Manusia???


" Di Dalam Hati Manusia Ada Kekusutan Dan Tidak Akan Terurai Kecuali Menerima Kehendak Allah SWT"

"Di Dalam HAti Manusia Ada Keganasan Dan Tidak Akan Hilang Kecuali Berjinak Dengan Allah SWT"

"Di Dalam Hati Manusia Ada Kesedihan Dan Tidak Akan Hilang Kecuali Seronok Mengenali
Allah AWT"

"Di Dalam Hati Manusia Ada Kegelisahan Dan Tidak Akan Tenang Damai Kecuali Berlindung, Bertemu Dan Berjumpa DenganNya"

"Di Dalam Hati Manusia Ada Penyesalan Dan Tidak Akan Padam Kecuali Redha Dengan Suruhan Dan LaranganNya Serta Qadha Dan QadarNya Serta Kesenantiasaan Sabar Sehingga MenemuiNya"

"Di Dalam Hati Manusia Ada Hajat Dan Tidak Akan Terbendung Kecuali Kecintaan KepadaNya Dan Bermohon KepadaNYa"

"Kesentiasaan Berzikir KepadaNya Adalah Keikhlasan Sebenar KepadaNya"

Tuesday, January 6, 2009

KiSah CinTa ManuSia



Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memaang tiada
tolok bandingnya. Sedang aku memerhati. Aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan. Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.

Dia bertanya kepadaku, Adakah kamu mencintai aku. Aku menjawab, Sudah tentu!
Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu. Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu. Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku. Aku
teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, Tentunya ia
amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.

Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu? Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan
mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah. Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu? Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga;
tetapi menggunakan hati. Aku jawab, Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu. Dia menyambung lagi persoalanNya, Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu. Aku tertanya lagi,
bagaimana aku boleh memuji tanpa suara. Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya.

Kemudian aku menjawab, Sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagiMu. Aku akan tetap
memujiMu. Dan... Dia terus bertanya lagi, Adakah kamu benar-benar menyintaiKu? dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, Ya, benar
Tuhanku. Aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar. Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanyakan lagi, Kalau begitu Kenapa kamu
masih melakukan dosa. Aku jawab, Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai. Aku tidak sempurna...aku bukan maksum. Kalau begitu, Kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan Kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan. Kamu terus ingat kepada aku; kamu datang dekat dan merayu kepada aku. Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku.

Dia sambung lagi, Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia
kepadaKu? Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang aku sedia mendengar segala
rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika aku memberi peluang untuk berkhidmat di jalanKu? Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan
kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.

Dia berkata-kata lagi... Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup
ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau
menghayatinya. Acap kali aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala
permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah aku perkenankan dengan pelbagai cara. SambungNya lagi, Kini... adakah kamu menyintaiKu. Aku tidak mampu menjawabnya lagi.

Bagaimana harus aku jawab persoalan ini?. Dalam tak sedar. Aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata
mengalir turun di kedua-dua belah pipiku. Aku merintih, Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah...

kemudian Dia menjawab, Sifatku pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya aku ampunkannya. Dan aku ampunkan kamu wahai hambaKu. Aku bertanya kepadaNya, Mengapa Engkau tetap
mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku? Dia menjawab Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan
mengabaikanmu.

Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian. Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu
keletihan aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan aku akan menyayangimu selama-lamanya.

Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti Kenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solat dalam ertikata yang sebenar.

Monday, January 5, 2009

read iT aGain PoOh...


hehee..ini ada lah cerita benar tapi tak tahu lah kawan2 nak percaya ke tak..kisah ni berdasarkan pengalaman dari kwan ke kawan ke kawan.hehehe..apa pun cerita ni lucu dan juga best..nak dgr tak???..ok..kisah ni mcm ne nak mula kan ye,...huhu..susah la plak nak atur ayat n..emmm..fikir222..susun ayat..hah ok...

.
ada 3 org sahabat ni berlainan negri..eh,,silap sorang je berlainan negeri..mereka ni sampai awal ke kolej lah..kononye semangat terlajak utk memulakan semester akhir..hehe....apa pun 3 org sahabat ni sewa sebuah bilik tapi hanya cukup utk sorang je lah kan..katil pun satu ..hbs tu mcm ne nak tido..so kebetulan salah seorang sahabat ni ada kunci bilik member dia..so kira menunmpang lah kejap..sbb cadang nye nak dududk kejap je pun..tapi lain yg dirancang lain yg jadinya..

masa 25/12/2008 merupakan sambutan hari krismas so grai mkn ke kafe ke mana lah buka kan..last diorang ni pegilah jaln2 sebb salah seorang dari mereka nak bank in duit kebetulan masa balik jumpa satu gerai..jual roti.so beli lah buat alas perut lah katakan sementara nak beli nasi..tapi mana nak tahan roti tu..huh..
salah seorang dari mereka minta pertolongan member yang masih belum balik sbb dia ada kenderaan so pegi lah beli nasi..tapi..huhu..sedih pun ada suka pun ada..sedih nye..mknan dah tak aad sgt..suka nye..dpt makan..hheeh...apa pun bersyukur kan rezeki tu..huhu.. ok..cdg2 nya 3 sahabat ni nak keluar dari bilik tu 26/12/2008 pagi lah...sbb nak pegi pulak dok umah sedara salah seorang 3 sahabat ni..

ok..masa pagi 26/12/2008 tu..tak juga keluar awal sbb ada masalh sikit..last berborak ah kejap..tapi dalam masa dok berborak tu salah seorang mereka ni dengar suara mcm bising2..so buka lah langsir tgok..opss..alamak..ada operasi mencegah la..huhu..aduh..so kelam kabut lah 3 org ni berlari kemas2 brg apa2 yg patut..sekali tgok mcm kena langar garuda pun ada..sbb ada yg nak terlanggar sesama sendiri..hahahah....kelakar pun ada..dah siap kemas..salah seorang dari mereka pun keluar dulu sbb nak anta brg setengah..yg lawak beg tu puny lah berat..yg bawa tu kecik..smlm nak bawa sorang tak larat..tapi hari tu punya lah gabra dan takut plus terkejut blh bawa beg tu..huhu..hebat ke tak hebat tu..hahah..aura terkejut..
skrg ni tinggal lah 2 org ni dlm umah tu..sebelum tu mereka aad jemur baju..so kutip lah kan..sbb takut org perasan..tapi salah langkah la plak..gara2 baju tu lah....org perasan..kata2..Ops pencegah ni telah menggetarkan hati 2 org ni..yelah mcm ne tak takut "aik..tadi ada baju..knp skrg tak ada baju..ini msti ada org ni.."..huhu..kecut perut 2 sahabat ni..mula lah gelabah nak cari part nak sembunyi....dlm fikiran ada yg dlmalmari la..bwh katil la..tapi fuh selamat sbb Ops pencegah ni tak dtg coz takbawa kunci..hehe..selamat la kan..lepas je mereka beredar..2 org sahabat ni turun dari umah tu perlahan..lagak mm pencuri je...kesian..huhu...last sampai kat blok lain masing2 termenung fikir cara nak pegi dok kat mana...

emm.tetiba teringat bilik yg sau katil tu..so pegi lah bawa brg yg banyak ni kat bilik tu..nak tak nak kena duduk juga walaupun tak ada tilam..sbb petang tu dah nak pegi umah sedara salah seorang 3sahabat ni..
tapi nasib baik baru je nak landing atas lantai tu bilik sebelah dtg bagi balik tilam yg diorang pinjam so melompat suka lah 3 org ni,,..sekali tgok mcm kanak2 rebina pun ada..hahaha..ptg tu bertolak pegi umah sedara salah seorang member ni kiranye bagi nama lah..cik su..haha..ingatkn dah selesai lah bila pegi umah cik su ni..tapi mlm tu dlm dok best landing cik su ni call minta pegi umah cik pah plak sbb kwn dia nak dtg..huhu...3sahabt ni pun tanya lah nak kena bawa brg semua..hahah..cik su ni ckp kesian nye..mcm halau secara hormat je kan..haha..last bawa je beg laptop dan baju nak mandi sok pagi..so pindah la dari satu blok e satu blok lagi dari tingkat 15 ke tingkat 12...kesian kan..kan..sok pagi kena pindah la balik pulak ke umah cik su tu..huhu.,.letih betul 3 org sahabat ni..

28/12/2008 time pendaftaran masuk kolej so diorang ni bersiap2 lah nak keluar..cdgnye ambil teksi sbb cik su tak dpt anta..so bersiap awal lah kan..last2 masa dok mkn2 pagi tu masing2 mula terfikir nak tggu teksi kat mana ingtkan kat bwh blok tu je..last2 kena tggu kat jln utama..mak oiii..jauh tu..dgn jalnnya yg berbukit silap2 jatuh tersungkur dibuatnye..last2 salah seorang sahabt ni cdg balik 29/12/2008 nanti so cadangan diterima lah..ehhehe..bawa la masuk balik beg tu..kekek..lawak tu..segala yg dirancang semua tak menjadi..
hehe..kisah ni tamat mcm ni je ke..heeh...ada lagi..tapi tak ada lah best sgt..hehe..kita sambung lain kali plak..sbb nak pegi jalan2 plak..byeee...jgn lupa nanti kan episod yg seterusnye...

Saturday, January 3, 2009

CinTa


CINTA
ada cinta agung antara hamba dan Tuhannya...

Cinta Kudus antara bonda dan anaknya....

Ada Cinta Rafik yang Setia...

Ada Cinta Berahi antara Kekasih Teruna Dara....

Ada Cinta persaudaraan yang Tiada Bandingnya...

Ada Cinta Sesama Makhluk yang Begitu Mulia dan Cinta
Dikatakan hampir tidak memilih Usia...

Ia juga Tidak Mengira Rona Bangsa.....

Tiada Yang Miskin Kaya Dalam Catatan KamusCinta....

Cinta Dikatakan Sesuatu yang Cukup Luar Biasa Dalam
Cakerawala Hidup Setiap Jiwa...


BukaN seNanG utk mEnCipTa perTemUan...
bUkaN SenanG utk MelaHirKaN RaSa Syg..
Bukan senang Utk mGhdrkaN Rasa cInTa..
BkN sNG uTk mNcRi sbUah p'SahaBaTan yg b'MKna..Tp.. JiKa smUa iTu tlH kiTa MiliKi..JgaLah Ia suPaYa tiaDa uNgkaPaN p'PisaHan...Belailah ia dGn peNuH keYakinaN...sMoga TerCipTa KebaHagiaAn...

persahabatan yg terbina tidak akan terputus..kerana ikatan antara dua sahabat atau 3 @ 5 @ lebih adalah lebih bermakna..tika daku susah kau byk menolong..tika daku sedih kau sedia mendengar..semoga persahabtan ini kekal wlpun suatu saat nti kita terpisah jauh..hilang di mata namun di hati tidak pernah padam..

Thursday, January 1, 2009

ketenangan jiwa yang ingin aku miliki

kehidupan aku kian terasa tidak begitu indah hanya kerana kesilapan kecil...aku terasa sesuatu yang aku hilang dan ia makin jauh dari diriku..aku termenung seketika memikirkan kembali tujuan apa aku berada disini..ilmu yang ingin aku kejar..aku merenung kembali diriku yang kini sudah jauh berbeza dengan diri aku yang dahulu..
kata-kata ini membuatkan aku kembali tersentak dengan keadaan kehidupan aku sekarang....
Bila hati berjuang kerana Allah..dugaan itu tempat bersinggah...keperitan ditelan sebagai juadah...kejayaan dianggap mimpi indah....semoga Allah memberi kekuatan untuk aku meneruskan perjuangan ini...
dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat sehingga aku terduduk dan menanggis..perit terasanya namun aku sedar dan aku tahu kerana air mata yang hadir pada tika itu adaah anugerah dari Ilahi yang mahu aku kembali menjahit kembali sejadah iman aku yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang aku buat telah tersasar dari keikhlasan dan dari perintah Tuhan Yang Maha Berkuasa..Ya Allah..kini.aku sedar dan aku mula mencari-cari cahaya yang kau anugerahkan kepada diri ku ini..Tuhanku kembali kan aku ke dalam cinta mu....

salam ukhwah

walau langkah tidak bertemu,
walau tangan tidak berjabat,
walau kata tidak terdengar,
namun izinkan diri untuk meminta teman-teman dan sahabat andai yang mengenali diri ini melayari blog diriku...:-)