doktor di Amerika Syarikat telah
memeluk Islam kerana beberapa keajaiban
yang ditemuinya dalam
penyelidikannya. Dia amat kagum dengan
penemuan tersebut, sehingga tidak
dapat diterima oleh akal fikiran. Dia
adalah seorang Doktor Neurologi.
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin
akan perubatan secara Islam dan
dengan itu telah membuka sebuah klinik
yang bertemakan "Perubatan
Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan
melalui Al-Qur'an membuatkan
ubat-ubatannya berteraskan apa yang
terdapat di dalam Al-Qur'an. Di
antara kaedah-kaedah yang digunakan
termasuklah berpuasa, madu lebah, biji
hitam (black seed) dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik
untuk memeluk Islam, maka doktor
tersebut memberitahu bahawa semasa
beliau
melakukan kajian urat saraf, terdapat
beberapa urat saraf di dalam otak
manusia yang tidak dimasuki oleh
darah ...... Padahal setiap inci otak
manusia memerlukan darah yang cukup
untuk berfungsi secara normal. Setelah
membuat kajian yang memakan masa,
akhirnya beliau mendapati Bahawa darah
tidak akan memasuki urat saraf di dalam
otak manusia melainkan pada ketika
seseorang itu sedang sujud
semasamengerjakan Sembahyang!! ! Urat
tersebut memerlukan darah hanya
untukBeberapa sukatan yang tertentu
sahaja. Ini bermaksud bahawa darah
hanyaakan memasuki urat tersebut
mengikut kadar sembahyang waktu
yangdiwajibkan oleh Islam......Begitula
h keagungan ciptaan Allah!!!
tidakmenunaikan sembahyang , akan
otaknya tidak Akan dapat menerima darah
yangsecukupnya untuk berfungsi secara
normal!!! Oleh yang demikian,
kejadian manusia ini sebenarnya adalah
untuk menganuti agama
Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah
kejadiannya memang telah dikaitkan oleh
Allah dengan agama-Nya yang indah ini."
PETUA IMAM SYAFIE
4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir
tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk
memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk
mencernakan makanan yang banyak
dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti
tidurnya ahli neraka.
Wednesday, May 6, 2009
rasa semua dh tahu pasal ni..huhu..
Thursday, April 2, 2009
Falsafah Estetika dalam kehidupan
Jika kita lihat dari sudut falsafah..kita akan dapat lihat dari pandangan ahli falsafah seperti Plato, Aristotle, Al-Gahzali dan Al-Farabi....
Plato sendirinya...menyatakan asas teori Idea ialah dua iaitu ghaib dan nyata. Bagi Plato konsep keindahan ini bermula dari dua dunia dan yang cantik..sempurna itu berada pada alam ghaib bukan di alam nyata..kata Plato setiap manusia sejak kecil lagi sudah suka kepada kecantikan dan seterusnya membesar untuk menghayati keindahan itu..malahan jiwa kita ini akan sentiasa terikut dengan yang indah itu...bagi Plato keindahan biarlah sederhana saja..yelah kan..klu pakai make up2 tebal2 pun bukan nya nampak cantik tapi lain plak yg jd..sekali pandang cun juga tapi 2x pandang dah nampak mcm opera cina....hahaha...
ok..kata Plato jiwa manusia ni mudah tertarik kepada muzik kerana muzik ini mempunyai keindahannya yang tersendiri..mcm manusia tafsirkan tentang muzik..malah ada kata haram..tapi muzik ini haram bila ia melalaikan kita...klu dahulu muzik ini mampu mendatangkan kesedaran tetapi muzik sekarang tidak lagi membawa konsep begitu semuanya memandang kepada duit dan glamour...bagi Plato dia kata..antara pengaruh muzik ini akan melahirkan sikap penyanyang dan simpati..melahirkan jiwa yang seni dan sangat sentimetal dan akhirnya membentuk sikap kasih syg dan moral yang tinggi..ok kita ambil contoh lagu nyanyian Jac ..itu lagu tema bersama mu..sedihkan lagu tu bila ms kita mula2 dgr seolah2 sayu dan mendatangkan rasa simpati..nah dari sini akan timbul rasa simpati dan ingin membentu golongan yg tidak mampu dengan menghulurkan bantuan..so muzik boleh mendatangkan moral yang tinggi???
ok..itu bagi Plato kan..tapi kita lihat plak bagi al-Farabi....dia ni seorang Qadhi selama 40 thn tapi dia letak jawatan setelah dia membaca buku Plato dan buku ni 40X baca pn tak faham...so Al-Farabi rasa kehebatan buku yang ditulis oleh Plato ni dan mula mengkaji dan meneliti serta menjelajah untuk belajar Falsafah Plato sehingga umur dia 80 thn..fuh lama kan...mampu ke kita ya...Lats Al-Farabi bawa keluar satu buku "Al-Muzik Al-Kabir" memang tebal buku ni..dan dalam buku ni susah untk difahami sbb terlalu mendalam ayat dia...Al-Farabi ni juga sgt arif dan pakar dalam bidang muzik..nak tahu kenapa..ada kisah di mana seorang khalifah ni buat satu majlis dan wacana ilmu ..pastu khalifah ni dgr yg Al-Farabi ni seorang yg hebat so dia pun jemput lah dtg ke masjlisnya..lepas hbs perbincangan tu..khalifah ni bawalah keluar kumpulan muzik istana untuk persembahan..,.pastu tetiba khalifah ni dgr yg Al-Farabi beri respon negatif kepada kumpulan muziknya tan seolah-olah muzik tu membosan kan dan tidak menarik..jadi khalifah ini terus meminta al-Farabi memberikan persembahan untuk membuktikan yang dia ni hebat dan bukan hanya ckp kosong dan pandai mengkritik sahaja..niat khalifah ini utk menguji..so al-Farabi pun mengelurakn lah alt muziknya yg dipanggil "Lute" jenis apa ye..hehe..tak tahu la..so al-Farabi main lah muzik ni...lagu yg pertama semua org diistana itu suka kerana best sgt dan menarik..then al-Farabi main plak lagu yg kedua..haha..yg peliknya semua org kat istana tu nagis...lagu yg di main tu sedih la kot dah semua nangis kan..ok pastu al-Farabi bawa pula lagu yg ketiga...haha..yg ni best n kelakar sebb lagu yg dimainkan tu buat semua org istana tertido..fuh mantap kan ..lagu blh buat tido..." so ini membuktikan yg al-Farabi adalah seorang yg hebat...
ok lah..kita tgok pandangan al-Ghazali pula..yg ni lain sikit...
bagi nya..manusia suka kpd muzik dan Al-Ghazali fokus muzik ini pada kesegaran dan kesuburan spritual manusia..haa..iaitu rohani manusia..
First...org suka kpd sesuatu objek yg dilhatnya cantik dan indh
second....setiap yg indah itu sempurna dan yg tak indah itu biasanya tidak indah la..hehe..peningkan..
third.....ciri2 keindahan, kualiti keindahan ada hubungan diantara objek dan jiwa manusia...
heh...peningkan sebb ayat dia mcm pelik sikit..ok lah kita terangkan..manusia memang suka kan kecantikan dan keindahan itu memang tak dpt dinafikanlah..tak kiralah berbentuk warna, bunyi atau lain2 yg kita rasa indah dan cantk kerana semuanya ada ciri2 nikmat kpd kita..fungsinya adalah menenangkan fikiran terutama sekali jika kita ada masalah dan hadapi tekanan hidup..yelah mcm muzik...dgr lagu2 yg syahdu..lagu yg sedih mestilah kan...pastu melukis plak...lukisan yg bole dtgkan kedamaian...haa..lagi best bila kita tgok keindahan alam fuh mesti lagi tenang tu sbb knp org suka pegi dok kat atas bukit2 kat tepi sungai..sbb di situ boleh dpt keindahan alam...huhu.,.rindu plak la kat sawah padi kat kampung..hehe..ok bila kita lihat ini semua ini membuktikan yang pencipta alam ini adalah seorang yg Maha Agung sbbnya kita rasa puas tgok dengan keindahan yang dianugerahkn itu.. so Tuhan itu indah kerana itu Dia buat dan cipta semuanya indah tak ada yg tak indah..betul tak..fuh tambah2 klu kat mesir..ada air laut 7warna...menarik kan...
ok..kita bagi contoh yg paling senang lah kan..ok..klu kita tgok lukisan seseorang yg pakar kita pasti teringin nak jumpa dia betul tak..nak kenal2 nak bergambar n mendekati dia...sbb apa..sbb lukisan yg dia buat tu mampu menarik perhatian kita..
ok...mcm tu juga dengan Tuhan..bila difikir2 balik...dengan apa yg ada kat dunia ni..keindahan yg ada ni pasti kita kan tertanya2 siapalah yg cipta....teringin kan nak jumpa n mendekati siapa yg ciptakan..so dari sinilah kita akan mula mendekati Tuhan kerana Dia adalah pereka yang paling Agung tak ada sesiapa mampu tandingi. al-Ghazali lebih suka kepada kecantikan dalaman dari kecantikan luaran iaitu jiwa kita ni..bila kita dah rasa mcm tu mesti lah kita nak dekat ngn Dia bukan,,jd suka dan sayang kita kepada keindahan alam tu biasa je..tetapi yg menjadi luar biasa ialah bila kita kasih kepada pencipta keindahan itu ini lah yg paling indah...
so moral of story ni....smua manusia suka kecantikan dan keindahan tapi tak semua faham cara utk lahirkan rasa suka itu mcm ne..ada yg pergi hbskan masa dan ada yg buat sesuatu seperti mengukir dan abadikan..sedangkan rasa suka dan syg kita kepada kecntikan tu dpt perlulah kita tunjuk kepada Maha Pencipta ini sbb Dia yg cipta semua ini..knp kita blh berminat dan teruja bila melihat sesorang tu seperti artis..(faham makna artis ni luas, bukn artis nynyi)...kita nak pegi dekat dia nak jumpa dia..tapi kenapa kita tak cuba nak dekat ngn Pencipta Yang Maha Hebat ini,...sikit pun kita tak berminat just hanya melihat tanpa rasa apa2...tetapi klu kita lihat yg cantik3 ni mcm lukisan wah bukan main kita abadikan..siap sanggup hbs duit beli dan tggu tgok lama2..hehe..so sama2 lah kita fikir kembali..ok..penatnya tulis...nth la faham ke tak ni ...hahah..
Sunday, March 22, 2009
PeNyaBarnya SeOrang IsTeRi....
1979178166866" border="0" />
Penyabarnya seorang isteri....toleransinya seorang ratu hati sehingga menarik dan menyedarkan kembali kasih seorang suami....renung2 kan lah bagi lelaki dan juga perempuan...
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul
besar.
Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul
berwarna cokelat yang hampir
saiz
dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang
tercinta, moga redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu.
abang yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang
Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
kasih kerana abang membawakan Aliyah
seorang calon madu yang begitu
cantik.
Di sini Aliyah kemukakan penilaian
Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model,
dia memang mengalahkan Aliyah
yang
sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-
bajunya memang mengikut peredaran
zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang.
Aliyah tak sanggup abang diheret ke
neraka kerana menanggung dosa.
Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih
belum termampu untuk dijawab di
akhirat sana , apatah lagi abang nak
menggalas dosa orang lain. Aliyah
sayangkan abang...
2. Aliyah ada mengajak dia memasak.
Memang pandai dia masak, apatah
lagi
western food. Tapi, Aliyah sayangkan
abang. Aliyah tahu selera abang hanya
pada lauk pauk kampung. Tapi tak
tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera
abang sudah berubah. Tapi, Aliyah
masih ingat lagi, masa kita sekeluarga
singgah di sebuah restoran western
food, abang muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak
kita semuanya ikut selera ayah
mereka. kasihan nanti, tak makan lah
pula anak-anak kita. Aliyah
sayangkan
abang...
3. aliyah ada mengajak dia solat
berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah
minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia
akan menjadi ibu pada zuriat abang
yang lahir, jadinya Aliyah harapkan
dia mampu untuk mengajar anak-anak
abang nanti untuk menjadi imam dan
imamah yang beriman. Tapi, kalau dia
sendiri pun kelam kabut memakai
telekung... Aliyah sayangkan abang...
abang yang disayangi,
cukuplah rasanya penilaian Aliyah.
Kalau diungkap satu persatu, Aliyah
tak terdaya. abang lebih memahaminya.
Ini penilaian selama 1 hari, abang
mungkin dapat membuat penilaian yang
jauh lebih baik memandangkan abang
mengenalinya lebih dari Aliyah
mengenalinya.
abang yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang
keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah
tandatangan. Juga sekeping tiket
penerbangan MAS ke Sarawak.Jika
munajat
abang di Masjid Putra mengiayakan
tindakan abang ini, ambillah borang
ini,
isi dan pergilah kepada Qistina. Oh
ya, lupa nak cakap, Qistina telah
berada di sawarak. Menunggu
abang...Aliyah sayangkan abang...
Tetapi jika abang merasakan Qistina
masih belum cukup hebat untuk
dijadikan
isteri abang, pergilah cari wanita
yang setanding dengan Aliyah... Aliyah
sayangkan abang.
Tetapi, jika abang merasakan Aliyah
adalah isteri yang hebat untuk abang..
tolonglah bukakan pintu bilik ni.
Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang,
roti canai..air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
Tangannya pantas membuka pintu
biliknya. Di situ berdiri Aliyah
Najihah
bersama-sama hidangan sarapan pagi
kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah
isterinya!!!!!"
Friday, March 20, 2009
aku kembali merenung kembali kenapa ujian yang engkau berikan ini amat berat..dugaan yang Engkau beri benar-benar menguji kekuatan dan ketabahan aku.. Ya Allah aku sedar aku terlalu banyak melakukan dosa..aku tidak benar-benar berada di jalan Mu dan aku tidak benar-benar memahami apa tujuan aku hidup di dunia ini...aku tidak benar-benar faham kenapa aku lakukan semua ini..ujian yang diberikan hanya jika kita mampu hadapinya kerana Dia tahu siapa yg mampu dan siapa yang tidak mampu..aku adalah hamba yang terpilih untuk di uji dengan ujian ini dan ujian ini adalah untuk membasuh kembali dosa-dosa yang telah aku lakukan..
lagu ku damba keampunan oleh Amar benar-benar mencuit jiwa dan perasaan hati aku...liriknya membuat aku kembali terfikir segala-galanya..dalam fikiran aku apakah tujuan aku sebagai hamba Allah telah terlaksana..adakah tujuan aku sebagai seorang muslim telah berjaya...bagaimana untuk aku mentarbiah adik-adik ku, saudara-saudara ku diluar sana apatah lagi zuriat sendiri jika diri sendiri masih terkebil-kebil mencari jalan yang penuh berliku ini..aku masih lagi dibuai mimi dan janji aku padamu Ilahi..lena ku masih belum terjaga lagi Ya Allah sedarkanlah daku..
kadang-kadang aku terfikir kata Ibn Sina bahawa solat adalah nikmat yang paling utama dan kemuncak dalam hidup berbanding ibadat-ibadat lain..seperti haji, zakat dan sebaginya..aku tertanya-tanya kenapa solat itu adalah kemuncak paling nikmat bagi seorang manusia..emm...kini aku mula tersedar bahawa..saat aku melakukan solat 5 waktu sehari semalam adalah aku benar-benar menghayatinya..saat aku merintih memohon ampun dari Nya adalah aku benar-benar perlukan atau sekadar kesempitan...
dalam ibadat lah kita akan terus berinteraksi dengan pencipta kita dan di saat ini lah kita terus memohon tanpa perlu membayar tol. malah jika kita ingin memohon atau menghadap raja atau sultan kita perlu ikut protokol dan tidak boleh jumpa sewenang-wenangnya malah tidak boleh berkata yang bukan2..tetapi sedangkan Raja segala raja iaitu Allah tidak meminta kita utk berada dlam protokol malah kita boleh meminta apa saja dan menyatakan apa saja..Dia akan mendengar segala rintihan kita..Dia tidak sesekali melupakan kita sebagai hambanya..namun aku sebagai manusia yang selalu melupakan Nya..Dia ada di samping kita susah dan senang tetapi kita hanya berada di sisi Nya saat kita kesempitan dan dalam kesusahan, masa itu kita mula teringat2 dan mula merinduinya...Ya Allah aku adalah hambanya yang pelupa..selalu melakukan kesilapan..namun tak penah kau marah atau membenci aku.sedangkan manusia boleh membenci jika kesalahan itu hanya kecil...Ya Allah ampunkan keterlancuran ku..ku pohon Rahmat dari Mu....
dengar2 lah lagu ini pasti mendatangkan keasyikan...hidupkan malam dengan bertemu Pencipta..ahh..susahnya kan untuk kita melakukan sedemikan sedangkan kita sanggup bangun dan berjaga utk menonton bola atau filem2 yg kita minat..sedangkan untk bertemu dengan Pencipta kita hanya tidak sampai 15 minit kita sudah tak mampu.Ya Allah dhaifnya kami ini sebagai hambamu..lemahnya lah kami sebagai sebaik-baik ciptaan mu...
Monday, March 16, 2009

Tak usahlah sebut pasal cinta......
Jika anda sebenarnya tak ambil kisah
Tak usahah bercakap tentang
perasaan....
Jika ia sebenarnya tidak berada dihati
Tak usahlah menunjuk didada.....
Jika berhasrat melukakan jiwanya
Tak usahlah memandang anak
matanya....
Jika mahu berbohong padanya
Tak usahlah katakan dia satu-
satunya....
Jika masih ada orang lain disisi
Tak usahlah kunci hatinya dengan kata
cinta...
Jika lahir dari jiwa yang dusta
Tak usahlah memuji sesuatu yang
jauh....
Selagi kita tak kenali dan kenalinya
Tak usahlah ucapkan "Hello"
padanya.....
Jika kelak mahu mengucapkan "selamat
Tinggal"
TAPI....
Fikirlah.....renunglah
Apa sebenarnya yang tersirat di hati.....
Sebagaimana diri dan jiwa mahukan
untuk kebahagiaan abadi.........
Sunday, January 18, 2009
Doa Untuk Kekasih


Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku....
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami...
Agar kemesraan itu abadi....
Ya Allah YA Tuhanku yang Maha Mengasihi....
Seiringkanlah kami melayari hidup ini....
ke tepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdir...
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh dari pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatan.....
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti....
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah.....
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
YA Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu....
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik untuk ku....
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui....
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini....
Ya Allah....
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku....
Di dunia dan di akhirat.....
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini...
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun akhirat....
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman....
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai....
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah...
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat...
Dan peliharalah kami dari azab api neraka...
AMIN....AMIN...AMIN..Ya rabbal 'aalamin..
Wednesday, January 14, 2009
pergi kajang ngn dila dan fizah

fuh..ari ni aku..fizah dan dila g kajang..shoping la..hehe..tapi bukan shoping sgt pun just tujuan utama hanya satu nak beli present utk my mum je..hadiah besday n hari ibu..walaupun aku tak bekerja lagi dan mama aku pun kata tak payah la..tapi aku tetap nak bagi juga..bukan apa untuk meraikan ibu yng tercinta..biarlah hanya sekeping kad pun..cewah..hehe..apa pun kenangan hari ini adalah time naik rapid dari UKM ke Kajang..mak oiii..huhu..pakcik tu bawa..mcm naik roler coster je..so tak pyh2 la pas ni sape2 nak pegi time square sbb naik ngn pakcik ni comfrm ada pengalam yg cukup mencabar...huhu..rasa mcm nak terpelanting pun ada tadi..nasib baik tak ada org tua naik klu ada comfm pkai msuk hospital..hehe..kita yg muda ni dah pegang palang pun terhoyang haying..ke kanan la..ke kiri la..haah..aku hampir2 nak tersembam kat org nsib baik gurl klu lelaki mau malunya..huhu...nasib baik tak jauh kajang tu,...huhu..tak tahu la..klu jauh..mesti sampai tempat lebam2 kan.hahahaha...lawak tul..org naik bas relax je tapi naik bas mcm baru kena belasah je ngn org..hahah..apa pun hari ni cukup best..bawa brg berat la..mcm nenek kebayan pun ada..haha..senget2 je..hehe... tapi yg tak best nye..huhu...nak boikot Amerika tap tersilap beli lah plak.wawaw..sedihnya..mcm ne la blh tak perasan produk ni bwh Amerika..
aduhai..rasa bersalah sgt2..tapi nak buat mcm ne..tak kanlah nak buang pulak kan..kira membazir plak..wawa..rasa bersalah sgt pada Palestin..Ya Allah..selemah-lemah iman ini hanya mampu aku buat tapi kenapalah aku yang buat trsilap..tu la excited sgt membeli sampai tak cek dulu...huhu..aku pernah terpana dengan kata2 adik ku(Angah)..pengembara di lautan ilmu Mesir..huhu..penah masa tu aku berbual ngn dia..hehe..nak dgr tak citer ni..kekeke..so dgr baik2 tau..dok elok2 nak citer ni..haha..apa pun bila baca ni tepuk hati tanyalah minda...
"angah kan KFC n Md tu bwh Amerika or Yahudi..'' so angah kata la..yes memang lah...so kita sebagai org Islam harus memboikot sebab seolah-olah kita ni sumbang sekali kepada puak Yahudi terkutuk ini dalam membunuh umat Islam Palestin.. ''so aku terdiam seketika..dan seketika aku menjawab..tapi kata nak memboikot kenapa masih ramai lagi yang pergi..makn..siap ajak family lagi..."angah kata..itu lah kita..benda mcm ni kita ambil mudah..sedangkan kita tak tahu yg kita sudah menderma sekali dlm serangan tersebut..'' ''aku terdiam agi dan aku bersuara kembali..tapi yang kadang-kadang mkn tu ust2 juga,...org2 yang kata kira mcm sbg pemimpin Islam..sedangkan mereka tahu yang mereka sedang memberi kerjasama dlm memberi kesengsaraan pada Palestin..so blh je pun".. angah memandang aku dgn pandangan tajam..dia kata..itu lah org Islam sekarang..semangat keIslaman tiada dlm diri hanya tahu rasa simpati..membuat reformasi lah..memberi sumbangan dan seperti satu tradisi..bukan rasa sebagai umat Islam yang sesama saudara..bak kata pepatah melayu cubit peha kanan..peha kiri pun terasa sakitnya..kemudia angah menyambung lagi..sanggup kah aku biarkan darah2 yang mengalir ditubuhku ini sebabkan aku turut sama menderma dalam memberi kekejaman kepada Umat Islam Palestin..yelah kita mkn so mkanan yg kita mkn dan dengan duit yang kita bayar..tak samakah kita dikira membunuh..malah ia turut mengalir dalam tubuh badan kita ini....kita orang Islam tak fikirkannya.. huhu..aku terpana seketika..betul juga kata-kata angah..aku rasa bersalah sgt..huhu..yelah sblm ni mkn juga..aku dah tak mampu utk menolong umat Islam Palestin..tapi aku bukan saja tak mampu bantu malah menyokong lagi ada ..Ya Allah..ampunilah aku...terasa kerdil aku..jika lah kita berada ditempat org Palestin pasti kita akan rasa sengsaranya..kita akan mohon ada bantuan dari luar..
"apa yang aku nak jawab nanti jika Allah tanya apa yang aku buat utk membantu umat Islam Palestin"
"apa aku nak jawab jika nanti umat Islam Palestin tanya apa yang aku buat utk menolong mereka.membantu mereka melawan kekejaman tentera Israel yang jahat itu"
justeru selemah2 lemah iman yang aku ada hanyalah dengan memohon kepada yang Esa dan memboikot barang-barang yang menyumbang ke arah kemusnahan Palestin...so marilah sama2 kita boikot walaupun ia nya amat sukar bagi kita.. diri ini tadi pun huhu,...sabar je utk tidak membeli barang2 yang disenaraikan utk memboikot tapi..huhu..tu lah salah satunya terlepas pandang..huhu...sedih..sedih...
