Sunday, March 22, 2009

PeNyaBarnya SeOrang IsTeRi....

1979178166866" border="0" />

Penyabarnya seorang isteri....toleransinya seorang ratu hati sehingga menarik dan menyedarkan kembali kasih seorang suami....renung2 kan lah bagi lelaki dan juga perempuan...

"Abang, minta izin untuk nikah seorang lagi,"Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah. "Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah. "Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, seusai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya. "Abang, Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda. "Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah. "Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis. "Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham," Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar- benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra. Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah. buzz buzz... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul
besar.
Kepada:
Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul
berwarna cokelat yang hampir
saiz
dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang
tercinta, moga redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu.
abang yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang
Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
kasih kerana abang membawakan Aliyah
seorang calon madu yang begitu
cantik.
Di sini Aliyah kemukakan penilaian
Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model,
dia memang mengalahkan Aliyah
yang
sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-
bajunya memang mengikut peredaran
zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang.
Aliyah tak sanggup abang diheret ke
neraka kerana menanggung dosa.
Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih
belum termampu untuk dijawab di
akhirat sana , apatah lagi abang nak
menggalas dosa orang lain. Aliyah
sayangkan abang...
2. Aliyah ada mengajak dia memasak.
Memang pandai dia masak, apatah
lagi
western food. Tapi, Aliyah sayangkan
abang. Aliyah tahu selera abang hanya
pada lauk pauk kampung. Tapi tak
tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera
abang sudah berubah. Tapi, Aliyah
masih ingat lagi, masa kita sekeluarga
singgah di sebuah restoran western
food, abang muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak
kita semuanya ikut selera ayah
mereka. kasihan nanti, tak makan lah
pula anak-anak kita. Aliyah
sayangkan
abang...
3. aliyah ada mengajak dia solat
berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah
minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia
akan menjadi ibu pada zuriat abang
yang lahir, jadinya Aliyah harapkan
dia mampu untuk mengajar anak-anak
abang nanti untuk menjadi imam dan
imamah yang beriman. Tapi, kalau dia
sendiri pun kelam kabut memakai
telekung... Aliyah sayangkan abang...
abang yang disayangi,
cukuplah rasanya penilaian Aliyah.
Kalau diungkap satu persatu, Aliyah
tak terdaya. abang lebih memahaminya.
Ini penilaian selama 1 hari, abang
mungkin dapat membuat penilaian yang
jauh lebih baik memandangkan abang
mengenalinya lebih dari Aliyah
mengenalinya.
abang yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang
keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah
tandatangan. Juga sekeping tiket
penerbangan MAS ke Sarawak.Jika
munajat
abang di Masjid Putra mengiayakan
tindakan abang ini, ambillah borang
ini,
isi dan pergilah kepada Qistina. Oh
ya, lupa nak cakap, Qistina telah
berada di sawarak. Menunggu
abang...Aliyah sayangkan abang...
Tetapi jika abang merasakan Qistina
masih belum cukup hebat untuk
dijadikan
isteri abang, pergilah cari wanita
yang setanding dengan Aliyah... Aliyah
sayangkan abang.
Tetapi, jika abang merasakan Aliyah
adalah isteri yang hebat untuk abang..
tolonglah bukakan pintu bilik ni.
Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang,
roti canai..air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
Tangannya pantas membuka pintu
biliknya. Di situ berdiri Aliyah
Najihah
bersama-sama hidangan sarapan pagi
kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah
isterinya!!!!!"

2 comments:

  1. Komen skit..tulisan besar sgt laa..
    macam versi utk si rabun..
    ngeh2..
    kecikan skit tulisan..
    lgpun makan ruang...
    ikhlas dariku sahabatmu

    ReplyDelete
  2. haha
    dah kecil la tapi dia jd tulisan besar..huhu..

    ReplyDelete