Thursday, April 2, 2009

Falsafah Estetika dalam kehidupan

apa yang dapat kita faham dari sebuah kecantikan..istilah kecantikan itu sendiri...Estetika itu sendiri dapat ditafsirkan sebagai indah dan cantik...secara umum nya semua manusia suka kan kepada kecantikan..sudah menjadi dlm lumrah kehidupan manusia dan sudah jadi kesukaan hati manusia itu suka dan tertarik kepada keindahan dan kecantikan..emm..ada ke manusia yang suka kan keburukan..mana ada kan....tak ada pun lawatan2 di buat ke tempat2 sampah...tempat2 yang kotor..tidak ada kan...malah dalam Islam sendiri ada hadis yang minta kita sentiasa berada dlm keadaan bersih, cantik dan indah...jika kita lihat dalam Islam itu sendiri ia sesuatu yang indah..contohnya dlm solat..dlm kita nak menghadap Tuhan yg Maha Berkuasa..kita mesti berada dlm keadaan bersih dan cantik malah disunatkan lagi memakai wangi-wangian...

Jika kita lihat dari sudut falsafah..kita akan dapat lihat dari pandangan ahli falsafah seperti Plato, Aristotle, Al-Gahzali dan Al-Farabi....

Plato sendirinya...menyatakan asas teori Idea ialah dua iaitu ghaib dan nyata. Bagi Plato konsep keindahan ini bermula dari dua dunia dan yang cantik..sempurna itu berada pada alam ghaib bukan di alam nyata..kata Plato setiap manusia sejak kecil lagi sudah suka kepada kecantikan dan seterusnya membesar untuk menghayati keindahan itu..malahan jiwa kita ini akan sentiasa terikut dengan yang indah itu...bagi Plato keindahan biarlah sederhana saja..yelah kan..klu pakai make up2 tebal2 pun bukan nya nampak cantik tapi lain plak yg jd..sekali pandang cun juga tapi 2x pandang dah nampak mcm opera cina....hahaha...
ok..kata Plato jiwa manusia ni mudah tertarik kepada muzik kerana muzik ini mempunyai keindahannya yang tersendiri..mcm manusia tafsirkan tentang muzik..malah ada kata haram..tapi muzik ini haram bila ia melalaikan kita...klu dahulu muzik ini mampu mendatangkan kesedaran tetapi muzik sekarang tidak lagi membawa konsep begitu semuanya memandang kepada duit dan glamour...bagi Plato dia kata..antara pengaruh muzik ini akan melahirkan sikap penyanyang dan simpati..melahirkan jiwa yang seni dan sangat sentimetal dan akhirnya membentuk sikap kasih syg dan moral yang tinggi..ok kita ambil contoh lagu nyanyian Jac ..itu lagu tema bersama mu..sedihkan lagu tu bila ms kita mula2 dgr seolah2 sayu dan mendatangkan rasa simpati..nah dari sini akan timbul rasa simpati dan ingin membentu golongan yg tidak mampu dengan menghulurkan bantuan..so muzik boleh mendatangkan moral yang tinggi???

ok..itu bagi Plato kan..tapi kita lihat plak bagi al-Farabi....dia ni seorang Qadhi selama 40 thn tapi dia letak jawatan setelah dia membaca buku Plato dan buku ni 40X baca pn tak faham...so Al-Farabi rasa kehebatan buku yang ditulis oleh Plato ni dan mula mengkaji dan meneliti serta menjelajah untuk belajar Falsafah Plato sehingga umur dia 80 thn..fuh lama kan...mampu ke kita ya...Lats Al-Farabi bawa keluar satu buku "Al-Muzik Al-Kabir" memang tebal buku ni..dan dalam buku ni susah untk difahami sbb terlalu mendalam ayat dia...Al-Farabi ni juga sgt arif dan pakar dalam bidang muzik..nak tahu kenapa..ada kisah di mana seorang khalifah ni buat satu majlis dan wacana ilmu ..pastu khalifah ni dgr yg Al-Farabi ni seorang yg hebat so dia pun jemput lah dtg ke masjlisnya..lepas hbs perbincangan tu..khalifah ni bawalah keluar kumpulan muzik istana untuk persembahan..,.pastu tetiba khalifah ni dgr yg Al-Farabi beri respon negatif kepada kumpulan muziknya tan seolah-olah muzik tu membosan kan dan tidak menarik..jadi khalifah ini terus meminta al-Farabi memberikan persembahan untuk membuktikan yang dia ni hebat dan bukan hanya ckp kosong dan pandai mengkritik sahaja..niat khalifah ini utk menguji..so al-Farabi pun mengelurakn lah alt muziknya yg dipanggil "Lute" jenis apa ye..hehe..tak tahu la..so al-Farabi main lah muzik ni...lagu yg pertama semua org diistana itu suka kerana best sgt dan menarik..then al-Farabi main plak lagu yg kedua..haha..yg peliknya semua org kat istana tu nagis...lagu yg di main tu sedih la kot dah semua nangis kan..ok pastu al-Farabi bawa pula lagu yg ketiga...haha..yg ni best n kelakar sebb lagu yg dimainkan tu buat semua org istana tertido..fuh mantap kan ..lagu blh buat tido..." so ini membuktikan yg al-Farabi adalah seorang yg hebat...

ok lah..kita tgok pandangan al-Ghazali pula..yg ni lain sikit...
bagi nya..manusia suka kpd muzik dan Al-Ghazali fokus muzik ini pada kesegaran dan kesuburan spritual manusia..haa..iaitu rohani manusia..
First...org suka kpd sesuatu objek yg dilhatnya cantik dan indh
second....setiap yg indah itu sempurna dan yg tak indah itu biasanya tidak indah la..hehe..peningkan..
third.....ciri2 keindahan, kualiti keindahan ada hubungan diantara objek dan jiwa manusia...

heh...peningkan sebb ayat dia mcm pelik sikit..ok lah kita terangkan..manusia memang suka kan kecantikan dan keindahan itu memang tak dpt dinafikanlah..tak kiralah berbentuk warna, bunyi atau lain2 yg kita rasa indah dan cantk kerana semuanya ada ciri2 nikmat kpd kita..fungsinya adalah menenangkan fikiran terutama sekali jika kita ada masalah dan hadapi tekanan hidup..yelah mcm muzik...dgr lagu2 yg syahdu..lagu yg sedih mestilah kan...pastu melukis plak...lukisan yg bole dtgkan kedamaian...haa..lagi best bila kita tgok keindahan alam fuh mesti lagi tenang tu sbb knp org suka pegi dok kat atas bukit2 kat tepi sungai..sbb di situ boleh dpt keindahan alam...huhu.,.rindu plak la kat sawah padi kat kampung..hehe..ok bila kita lihat ini semua ini membuktikan yang pencipta alam ini adalah seorang yg Maha Agung sbbnya kita rasa puas tgok dengan keindahan yang dianugerahkn itu.. so Tuhan itu indah kerana itu Dia buat dan cipta semuanya indah tak ada yg tak indah..betul tak..fuh tambah2 klu kat mesir..ada air laut 7warna...menarik kan...

ok..kita bagi contoh yg paling senang lah kan..ok..klu kita tgok lukisan seseorang yg pakar kita pasti teringin nak jumpa dia betul tak..nak kenal2 nak bergambar n mendekati dia...sbb apa..sbb lukisan yg dia buat tu mampu menarik perhatian kita..

ok...mcm tu juga dengan Tuhan..bila difikir2 balik...dengan apa yg ada kat dunia ni..keindahan yg ada ni pasti kita kan tertanya2 siapalah yg cipta....teringin kan nak jumpa n mendekati siapa yg ciptakan..so dari sinilah kita akan mula mendekati Tuhan kerana Dia adalah pereka yang paling Agung tak ada sesiapa mampu tandingi. al-Ghazali lebih suka kepada kecantikan dalaman dari kecantikan luaran iaitu jiwa kita ni..bila kita dah rasa mcm tu mesti lah kita nak dekat ngn Dia bukan,,jd suka dan sayang kita kepada keindahan alam tu biasa je..tetapi yg menjadi luar biasa ialah bila kita kasih kepada pencipta keindahan itu ini lah yg paling indah...

so moral of story ni....smua manusia suka kecantikan dan keindahan tapi tak semua faham cara utk lahirkan rasa suka itu mcm ne..ada yg pergi hbskan masa dan ada yg buat sesuatu seperti mengukir dan abadikan..sedangkan rasa suka dan syg kita kepada kecntikan tu dpt perlulah kita tunjuk kepada Maha Pencipta ini sbb Dia yg cipta semua ini..knp kita blh berminat dan teruja bila melihat sesorang tu seperti artis..(faham makna artis ni luas, bukn artis nynyi)...kita nak pegi dekat dia nak jumpa dia..tapi kenapa kita tak cuba nak dekat ngn Pencipta Yang Maha Hebat ini,...sikit pun kita tak berminat just hanya melihat tanpa rasa apa2...tetapi klu kita lihat yg cantik3 ni mcm lukisan wah bukan main kita abadikan..siap sanggup hbs duit beli dan tggu tgok lama2..hehe..so sama2 lah kita fikir kembali..ok..penatnya tulis...nth la faham ke tak ni ...hahah..

3 comments:

  1. SALAM..K.RUSH SY AMBIL FALSAFAH ESTETIKA NI,HEHEHE...COPY PASTE..

    ReplyDelete
  2. oit
    mana aci copy paste
    haha
    buat nota ke

    ReplyDelete
  3. Salam, thanx for the information...nice flow..alhamdulillah. Nurulamir, Sana'a, Republic of Yemen. my e mail nurul78amir@gmail.com

    ReplyDelete